Senin, 23 Mei 2011

Kenapa Kucing Suka Mencakar?

Kita selalu melihat telatah kucing yang suka mencakar-cakar tidak kira tempat. Sebenarnya, cakaran kucing ini mempunyai makna yang tersendiri dan berikut adalah makna yang tersirat di sebalik cakaran kucing tersebut.

1. Menjaga dan Mengasah Kuku

Kucing sedang mencakar
Ini adalah sebab yang utama, kerana kelakuan mencakar ini sebenarnya membuang lapisan luar kukunya. Ianya sama seperti ular atau labah-labah yang bersalin kulit. Ini akan menajamkan kukunya, apabila kulit kuku lama dibuang dan diganti dengan kulit yang baru dan tajam.

2. Tandaan Kawasan
Mencakar adalah salah satu bentuk tandaan kawasan, sama seperti spraying. Tapak kaki kucing mengandungi kelenjar peluh yang akan mengeluarkan peluh dan meruap ke udara untuk mengawal suhu badan kucing. Tetapi bukan itu sahaja, pada bahagian tapak itu juga mengandungi kelenjar bau. Apabila kucing mencakar, dia akan meninggalkan kesan fizikal cakaran yang boleh dilihat oleh kucing lain, dan juga tandaan bau dari tapak kakinya sebagai mesej jelas kepada kucing lain bahawa ini adalah kawasannya. Kadangkala kita akan melihat kucing akan menyentuh kita dengan tapak kakinya beberapa kali, sebagai mesej memberitahu bahawa anda adalah miliknya.

3. Regangan Otot
Kucing mencakar untuk meregangkan ototnya di bahagian tapak kaki, kaki dan belakang badan. Sama seperti manusia yang meregangkan badan selepas kita bangun tidur atau duduk terlalu lama.

4. Menggaru
Kucing juga menggunakan kukunya untuk menggaru. Tidak ada penyelesaian yang lebih enak dan memuaskan selain menggaru apabila badannya berasa gatal.Namun begitu, biasanya kucing hanya menggunakan kaki belakang untuk menggaru dan kaki hadapan hanya untuk membersihkan diri (dan kadangkala melibatkan penggunaan kuku)
http://www.unikz.com/2011/03/kenapa-kucing-suka-mencakar.html